Tuesday 27 December 2011

jom ramai2 ke Karnival JOM 4B Amanjaya daerah Kerian

Karnival JOM (Jumpa Orang Muda) 4B AMANJAYA peringkat daerah kerian akan diadakan esok, 24 Dis 2011 bermula jam 7 pagi - 6 pm di Padang SMK Abu Bakar Al-Baqir (SABAR), SG Gedong, Bagan Serai Perak.


Karnival ini adalah hasil kerjasama Gerakan Belia 4B Perak, Institut Darul Ridzuan, Majlis Daerah Kerian, JBS dan ramai lagi dan bertujuan untuk membawa konsep Perak Aman Jaya kepada masyarakat di akar umbi.


Antaranya adalah karnival kerjaya yg menawarkan ribuan peluang pekerjaan, Peluang pinjaman perniagaan, servis motor percuma, gunting rambut percuma untuk pelajar sekolah, pakaian sekolah berkualiti dan murah dari canggih, explorace, futsal, bola tampar, senamrobik, expo perniagaan, seni silat, booth pameran, persembahan kesenian, ular serta artis2 tempatan dan sebagainya.


Karnival ini juga akan dirasmikan oleh YAB DSD Dr Zambry Abdul Kader, MB Perak.


Petang tadi sempat juga saya melihat persediaan karnival ini. Walaupun hujan lebat dan 2 khemah diterbangkan ribut, tetapi semangat rakan2 urusetia persiapan tidak sedikit pun tercalar. Hebat. Sama- samalah kita doakan cuaca akan lebih baik esok supaya rakyat daerah kerian mendapat manfaat dari karnival ini insyaAllah.


Akhir kata, JOM ramai2, servis moto, gunting rambut,  bermesra dgn artis dan sertai macam2 aktiviti yg ada esok di sana. JoM!!

BERGERAK!


Published with Blogger-droid v2.0.2
Karnival JOM (Jumpa Orang Muda) 4B AMANJAYA peringkat daerah kerian akan diadakan esok, 24 Dis 2011 bermula jam 7 pagi - 6 pm di Padang SMK Abu Bakar Al-Baqir (SABAR), SG Gedong, Bagan Serai Perak.

[image_0]

Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk merealisasikan dan membawa Perak Aman Jaya kepada rakyat di akar umbi dan Daerah Kerian di pilih sebagai permulaan bagi karnival ini yg akan bergerak ke seluruh pelusuk negeri Perak.


[image_1]

Antaranya adalah karnival kerjaya yg menawarkan ribuan peluang pekerjaan, peluang pinjaman perniagaan, servis motor percuma, gunting rambut percuma, jualan pakaian sekolah CANGGIH Murah, ekspo perniagaan, makanan, sukan futsal, bola tampar, paintball, flying fox, seni silat, explorace, senamrobik, persembahan ular, kesenian dan artis tempatan serta macam2 lagi acara yg menarik utk orang muda!


Karnival ini juga akan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, MB Perak. Jom ramai2 kita ke sana


[image_3]
Padang bola yang kelihatan becak



[image_4]
Bersama JK Persiapan


[image_5]
Taklimat kepada peniaga

posted from Bloggeroid

Thursday 22 December 2011

Al Fatihah

Ali bin majid, 83. atuk kpd isteri saya sedang tenat d Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Beliau menghidap kanser peparu tahap ke 4 dan telah merebak ke otak. Sama2 lah kita doakan agar Allah mengampunkan dosa, memberi rahmat dan keberkatan kpd beliau. Pada yg sempat baca yasin d malam jumaat ini, mintalah sedekahkan utk beliau.terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday 21 December 2011

iPad2 percuma! login ke www.mface.me Laman sosial orang muda!

Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Semalam, 21 Dis 2011 di Hotel Double Tree, KL - laman sosial terkini dan canggih hasil kerja anak tempatan, Dato AC Mizal dan Mr Teddy Teoh.

Ada macam2 feature yg menarik dalam laman ni spt games, chat dan yg paling utama setiap "mfacer" berpeluang mjana pendapatan dan memenangi ipad2 stp minggu. Sesuai dgn orang muda.

Mface.me dilancarkan oleh Ybhg Mohamed Suffian Awang, Pengerusi SahabatNGO Malaysia merangkap Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri. Ini menunjukkan kerajaan mmg mengutamakan generasi muda dan penggunaan laman sosial. Betullah PM sebut " Belia Superhero Negara"

Satu lagi, mface.me dapat sokongan dari 60 org artis terkenal tanah air. Antaranya afdlin shauki, adlin, SEPAH2, zizan, geng2 Maharajalawak, Maharajalawak mega, ezlyn, rafidah ibrahim, amber chia dan ramai lagi.. Tak pernah tengok begitu ramai selebriti di kumpul mcm ni kecuali dalam award. Cuba juga cari kalau ada selebriti luar negara tapi rupa rupanya mface fokus pd market tempatan dahulu. Semalam juga ulangtahun kelahiran Dato AC yg ke 40, dato AC x dpt hadiah sebaliknya beliau yg bagi hadiah kpd selebriti yg hadir. Apa dia.. 100000 unit saham mface.me setiap seorg. Nilai? USD 1 seunit. Kira lah nilainya. Alhamdulillah rezeki utk rakan2 artis.

Apa pun, tahniah Dato AC Mizal.saya melihat bahawa laman sosial www.mface.me ini berpotensi besar utk mengambil alih minat orang muda asia. Tambah pula ini produk Malaysia. Jom sokong produk buatan Malaysia.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday 20 December 2011

Test


Ini adalah ayra jamal


this is the new box



Ini adalah pantai

Test blogging

Malam ini nak cuba blog using Samsung Galaxy Note.

Sambil-sambil belajar menggunakan android ni, baby ayra sibuk menggodek ipad dia. Bukan main lagi


Published with Blogger-droid v2.0.2

samsung galaxy note

How to upload pic into blog using samsung note?