Tuesday 27 December 2011

jom ramai2 ke Karnival JOM 4B Amanjaya daerah Kerian

Karnival JOM (Jumpa Orang Muda) 4B AMANJAYA peringkat daerah kerian akan diadakan esok, 24 Dis 2011 bermula jam 7 pagi - 6 pm di Padang SMK Abu Bakar Al-Baqir (SABAR), SG Gedong, Bagan Serai Perak.


Karnival ini adalah hasil kerjasama Gerakan Belia 4B Perak, Institut Darul Ridzuan, Majlis Daerah Kerian, JBS dan ramai lagi dan bertujuan untuk membawa konsep Perak Aman Jaya kepada masyarakat di akar umbi.


Antaranya adalah karnival kerjaya yg menawarkan ribuan peluang pekerjaan, Peluang pinjaman perniagaan, servis motor percuma, gunting rambut percuma untuk pelajar sekolah, pakaian sekolah berkualiti dan murah dari canggih, explorace, futsal, bola tampar, senamrobik, expo perniagaan, seni silat, booth pameran, persembahan kesenian, ular serta artis2 tempatan dan sebagainya.


Karnival ini juga akan dirasmikan oleh YAB DSD Dr Zambry Abdul Kader, MB Perak.


Petang tadi sempat juga saya melihat persediaan karnival ini. Walaupun hujan lebat dan 2 khemah diterbangkan ribut, tetapi semangat rakan2 urusetia persiapan tidak sedikit pun tercalar. Hebat. Sama- samalah kita doakan cuaca akan lebih baik esok supaya rakyat daerah kerian mendapat manfaat dari karnival ini insyaAllah.


Akhir kata, JOM ramai2, servis moto, gunting rambut,  bermesra dgn artis dan sertai macam2 aktiviti yg ada esok di sana. JoM!!

BERGERAK!


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Post a Comment