Thursday 18 December 2014

Fakta Menarik Mengenai Nyamuk

Allah buat perbandingan dgn nyamuk dlm ayat 26 surah Al Baqarah. Ini fakta menarik ttg nyamuk. Masyaa Allah..tgk kebesaran Allah yg mungkin kita tak tahu..



Tahukah anda berapa jumlah spesies nyamuk yang ada di muka bumi ini? Menurut penelitian terkini ada kurang lebih 3,500 spesies nyamuk di dunia. Lagi fakta menarik kat bawah ni:-

-Mempunyai 100 mata di kepalanya.
-Mempunyai 48 gigi.
-Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.
-Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.
-Mempunyai 3 pasang sayap.
-Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya mencari mangsa pada waktu malam.
-Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.
-Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah. 
-Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang sangat sempit dan lembut.
-Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Tak cukup dengan fakta di atas? Ini tambahannya:

-Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah)Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat.

Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. 

Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja.

Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.

-Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat 
-Nyamuk jantan mampu mengesan kehadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi kibasan sayapnya
-Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).

Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).

Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer.

Bagaimana nyamuk mencari mangsa?

Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita ..Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh ...ganas betul tue!)

Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan

Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik(owh... zaman batu)Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport.

MASYAA ALLAH....


posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

Wednesday 4 April 2012

PTPTN memang percuma!

Salam sahabat semua. Baru baru ini ramai yang bercakap pasal PTPTN.. tak kira dalam apa medium sekali pun, ceramah, debat, diskusi mahu pun mjadi topik hangat di kedai kopi..

Ada yang kata PTPTN ini akan di beri percuma kepada semua pelajar IPT, ada yg kata boleh bangkrap negara.. "mmg best kalau semua benda dalam dunia ni dapat free.."

seronok rakyat bila dekat Pilihanraya ni ya.. dua2 pihak yg berebut undi menawarkan mcm2 perkara untuk "kepentingan rakyat".

tapi PTPTN sebenarnya mmg percuma, jom kita tengok betul ke :

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/pengecualian

dah nampakkan..
PTPTN mmg "PREE"..FREE..
Bersyarat.. kena dapat 1st class degree.. sistem ini seolah mberi target kpd mahasiswa..mencabar sikit.. jadi xde lah mahasiswa kita asyik buat benda lain.. "aihong", "party all night, sleep all day", demo tepi jalan, dll.. baru lah kita dapat graduan yg hebat2 utk jadi pemimpin masa depan..

"dalam Islam pun, kalau xde dosa pahala, semua confirm FREE je masuk syurga..ntah apa jadi dgn ummat manusia ni.."- kata seorg rakyat Malaysia


PS: Mahasiswa kena fokus dgn Pelajaran

Wednesday 7 March 2012

Makna bacaan dlm Solat

Ramai dari kita sudah solat berpuluh tahun, tapi still xtahu apa makna bacaan2 wajib dan sunnah dlm solat. Jadi hari ini saya nk kongsikan dgn semua, supaya solat kita lebih kusyuk dan d berkati, InsyaAllah


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Wednesday 15 February 2012

Panduan solat jamak dan qasar

Salam, oleh kerana saya selalu bermusafir, hari ini saya akan share satu panduan bagaimana caranya untuk melakukan solat semasa musafir.
Islam itu mudah dan cukup lengkap. Solat utk musafir pun ada. Solat ni jugak dikenali sebagai Solat Jamak(himpun), dan satu lagi Solat Qasar(pendekkan).Kemudahan atau rukhsah ni ada supaya memudahkan umat Islam untuk travel dan merancang aktiviti.

Kita travel pun ada guideline.Korang dah tahu cara solat Qasar? solat Jamak? kat bawah ini ada sedikit panduan yg saya ambil dari lanun dan http://www.tayibah.com/ cara bagaimana melakukan Solat jamak, solat qasar, dan solat jamak qasar. Kalau dah tau, xpe, jom kita ulangkaji

RUKHSAH SOLAT. 

Sabda Rasullah SAW ;

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir. 

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.

2. Destinasi yang dituju melalui tidak kurang 2 marhalah (lebih kurang 89-91 KM).

3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat). 

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.

2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.

3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.

4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan. 

SOLAT QASAR
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak. 

SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar. 

Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt berikut

;أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala. 

SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’. 

Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Berturut-turut kedua-dua solat.
3. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. 

Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala

.أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala

.أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar. 

Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan solat Zohor kepadanya Jamak Ta'hir kerana Allah Taala

.أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan  kepada Asar Jamak Ta’hir kerana Allah Taala. 

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya'  4  rakaat dihimpunkan solat  Maghrib kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala

.أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3  rakaat dihimpunkan  kepada Isya' Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak. 

Cara mengerjakan Solat Qasar adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar

.أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala. Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala. Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 2  rakaat Qasar dihimpunkan solat Zohor kepadanya Jamak Ta'hir kerana Allah Taala

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Asar Jamak Ta’hir kerana Allah Taala. Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya'  2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Maghrib kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan  kepada Isya' Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Semoga dapat berkongsi dgn semua dan dipraktikkan semasa sahabat semua bermusafir. Jgn sampai tertinggal solat pula ya! wallahuala.. BERGERAK!

Wednesday 8 February 2012

Mahasiswa UTM dan 4B Johor jelajah Malaysia

Program  TRANS 1 MALAYSIA (KAYUHAN AMAL ANAK MERDEKA 1 MALAYSIA) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana, Universiti Teknologi Malaysia dan Gerakan Belia 4B Johor adalah bertujuan untuk mendedahkan dan memupuk semangat kerjasama dikalangan siswa dan siswi yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menghadapi aktiviti yang mencabar disamping mengumpul dana untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan sesuai dengan tema "KAYUHAN AMAL ANAK MERDEKA 1 MALAYSIA".

 Disamping itu juga, program ini diadakan adalah untuk mendokong kempen SUSTAINABLE CAMPUS yang diperkenalkan oleh Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Bin Ujang, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia serta mempromosikan kempen ini ke seluruh IPTA di semenanjung Malaysia.

Program  ini juga bertujuan untuk mengumpul dana Tabung Endowmen Merdeka UTM di samping mempromosi Konsep 1 Malaysia.  

MATLAMAT

5.1  Memberi pendedahan aktiviti luar yang lasak dan mencabar kepada mahasiswa.
5.2 Mengutip dana untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.
5.3 Mengeratkan hubungan antara mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dengan mahasiswa di IPT lain.
5.4 Memberi pengajaran secara tidak langsung kepada mahasiswa serta rakyat Malaysia mengenai kepayahan dan kegetiran hidup masyarakat yang dihimpit pelbagai cabaran dalam meneruskan kehidupan.
5.5 Memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang kepentingan sebuah negara yang aman.        
5.6 Mendedahkan mahasiswa serta rakyat Malaysia tentang kempen bumi hijau serta mempromosikan kempen ‘sustainable campus' ke IPT lain.
5.7 Mengutip dana untuk Tabung Endowmen Merdeka UTM.