Wednesday 15 February 2012

Panduan solat jamak dan qasar

Salam, oleh kerana saya selalu bermusafir, hari ini saya akan share satu panduan bagaimana caranya untuk melakukan solat semasa musafir.
Islam itu mudah dan cukup lengkap. Solat utk musafir pun ada. Solat ni jugak dikenali sebagai Solat Jamak(himpun), dan satu lagi Solat Qasar(pendekkan).Kemudahan atau rukhsah ni ada supaya memudahkan umat Islam untuk travel dan merancang aktiviti.

Kita travel pun ada guideline.Korang dah tahu cara solat Qasar? solat Jamak? kat bawah ini ada sedikit panduan yg saya ambil dari lanun dan http://www.tayibah.com/ cara bagaimana melakukan Solat jamak, solat qasar, dan solat jamak qasar. Kalau dah tau, xpe, jom kita ulangkaji

RUKHSAH SOLAT. 

Sabda Rasullah SAW ;

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir. 

SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.

2. Destinasi yang dituju melalui tidak kurang 2 marhalah (lebih kurang 89-91 KM).

3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat). 

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.

2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.

3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.

4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan. 

SOLAT QASAR
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak. 

SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar. 

Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt berikut

;أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala. 

SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’. 

Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Berturut-turut kedua-dua solat.
3. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. 

Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala

.أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala

.أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar. 

Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan solat Zohor kepadanya Jamak Ta'hir kerana Allah Taala

.أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan  kepada Asar Jamak Ta’hir kerana Allah Taala. 

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya'  4  rakaat dihimpunkan solat  Maghrib kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala

.أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3  rakaat dihimpunkan  kepada Isya' Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak. 

Cara mengerjakan Solat Qasar adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar

.أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala. Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala. Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 2  rakaat Qasar dihimpunkan solat Zohor kepadanya Jamak Ta'hir kerana Allah Taala

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Asar Jamak Ta’hir kerana Allah Taala. Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya'  2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Maghrib kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan  kepada Isya' Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Semoga dapat berkongsi dgn semua dan dipraktikkan semasa sahabat semua bermusafir. Jgn sampai tertinggal solat pula ya! wallahuala.. BERGERAK!

No comments:

Post a Comment