Saturday 19 November 2011

Evo 6 4B malaysia/ genki apeh gemparkan Litar Sepang



Jentera mitsubishi evo6 4B Malaysia semalam menggegarkan peminat2 drag negara apabila menundukkan jentera lagenda Charade evo di litar Sepang dgn catatan masa 10.2 saat berbanding 10.4


Memang tak sangka jentera 4B yg dimodifikasi oleh GT Auto ini akan memacu dgn pantas pd malam tadi dengan masih mengekalkan "on the road spec body and accessories mitsubishi evolution6" seberat 1460kg dapat menjinakkan charade evo "light weight body" (rentung) seberat 890kg.

Pencapaian ini sangat membanggakan dan setidak tidaknya mengukir nama gerakan belia 4B Yang bekerjasama dengan kelab genki malaysia dalam arena perlumbaan drag di negara kita.


Pemandu/ pemiliknya sdr Muhamad Hafez Jamal aka Apeh berkata "saya berasa puas hati dgn pencapaian dan prestasi jentera saya semalam, namun mohon maaf pada peminat kerana tak dapat meneruskan perlumbaan malam tadi kerana keadaan tidak mengizinkan"

Saya berharap prestasi jentera dan pemandu dalam perlumbaan sihat ini akan dapat dipertingkatkan lagi agar ia dapat menjadi motivasi kepada golongan belia yg berminat dalam bidang permotoran terutamanya drag race ini.

Saya sangat bangga!

BERSATU BELAJAR BEKERJA BERKHIDMAT

BERGERAK!!!

No comments:

Post a Comment