Tuesday 8 November 2011

Jom jadi keluarga angkat belia antarabangsa!!

PELUANG MENJADI KELUARGA ANGKAT BAGI PROGRAM SSEAYP KALI KE 38

Assamualaikum wbt, sahabat2 semua,
Kapal Fuji Maru akan singgah lagi di Malaysia pada tahun ini membawa belia dari negara ASEAN dan Jepun.Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun atau nama ringkasnya SSEAYP ialah program antarabangsa yang melibatkan 318 peserta belia dari pelbagai negara ASEAN dan Jepun belayar dan singgah di beberapa negara.

Pelbagai aktiviti telah diatur untuk mereka di setiap negara termasuk AKTIVITI KELUARGA ANGKAT.Aktiviti ini merupakan pendedahan kepada peserta program SSEAYP untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat setempat di sesebuah negara.

Peserta akan tinggal di rumah keluarga angkat selama 3 hari 2 malam dan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga angkat. Bagi tahun 2011, Kapal  Fuji Maru  akan singgah di Malaysia pada 28 November – 1 Disember 2011. Aktiviti keluarga angkat akan dilaksanakan pada 29 November – 1 Disember 2011.



Kami berbesar hati menjemput semua yang berminat (memenuhi kriteria) 
untuk menjadi keluarga angkat.

Jom kongsi budaya masyarakat penyayang 1Malaysia dgn masyarakat antarabangsa!

KRITERIA KELUARGA ANGKAT
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Keluarga (terdiri daripada suami, isteri dan anak)
1.3 Sukarela untuk menyertai aktiviti Keluarga Angkat
1.4 Keluarga Angkat tinggal di sekitar di W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya 
dan Selangor (sekitar kawasan Lembah Klang seperti  Shah Alam, 
Petaling Jaya,  Subang Jaya,  Puchong,  Klang,  Pelabuhan Klang, 
Ampang,  Gombak, Selayang,  Cheras, Hulu Langat, Kajang, Bangi, 
Dengkil) SAHAJA

* Alamat selain daripada di atas TIDAK DITERIMA  – atas 
permintaan penganjur

Keluarga angkat yang memenuhi kriteria boleh mengisi borang yang disediakan dan 
fakskan ke 03-88888 761 sebelum atau pada 15 November 2011
Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian 03-8871 3265/3277/3528

Download borang di sini
http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/SSEAYP.pdf

No comments:

Post a Comment